Suatu ketika tatkala Rasulullah s.a.w. sedang
bersiap di medan perang Uhud, tiba-tiba
terjadi hal yang tidak terduga. Seorang lelaki
yang bernama Amar bin Thabit telah datang
menemui Baginda s.a.w.. Dia rupanya ingin
masuk Islam dan akan ikut perang bersama
Rasulullah s.a.w. Amar ini berasal dari Bani
Asyahali. Sekalian kaumnya ketika itu sudah
Islam setelah tokoh yang terkenal Saad bin
Muaz memeluk Islam. Tetapi Amar ini enggan
mengikut kaumnya yang ramai itu. Keangkuhan
jahiliyyah menonjol dalam jiwanya, walaupun
dia orang baik dalam pergaulan. Waktu kaumnya
menyerunya kepada Islam, ia menjawab, "Kalau
aku tahu kebenaran yang aku kemukakan itu
sudah pasti aku tidak akan mengikutnya."
Demikian angkuhnya Amar.
Kaum Muslimin di Madinah pun mengetahui
bagaimana keanehan Amar di tengah-tengah
kaumnya yang sudah memeluk Islam. Ia terasing
sendirian, hatinya sudah tertutup untuk
menerima cahaya Islam yang terang benderang.
Kini dalam saat orang bersiap-siap akan maju
ke medan perang, dia segera menemui
Rasulullah s.a.w. , menyatakan dirinya akan
masuk Islam malah akan ikut berperang
bersama angkatan perang di bawah pimpinan
Rasulullah s.a.w. . Pedangnya yang tajam ikut
dibawanya.
Rasulullah s.a.w. menyambut kedatangan
Amar dengan sangat gembira, tambah pula rela
akan maju bersama Nabi Muhammad s.a.w..
Tetapi orang ramai tidak mengetahui peristiwa
aneh ini, kerana masing-masing sibuk
menyiapkan bekalan peperangan. Di kalangan
kaumnya juga tidak ramai mengetahui
keIslamannya. Bagaimana Amar maju sebagai
mujahid di medan peperangan. Dalam perang
Uhud yang hebat itu Amar memperlihatkan
keberaniannya yang luar biasa. Malah berkali-
kali pedang musuh mengenai dirinya, tidak
dipedulikannya. Bahkan dia terus maju sampai
saatnya dia jatuh pengsan.
"Untuk apa ikut ke mari ya Amar?" Demikian
tanya orang yang hairan melihatnya, sebab
sangka mereka dia masih musyrik. Mereka kira
Amar ini masih belum Islam lalau mengikut
sahaja pada orang ramai. Dalam keadaan antara
hidup dan mati itu Amar lalu berkata, "Aku
sudah beriman kepada Allah s.w.t. dan Rasul-
Nya, lalu aku siapkan pedangku dan maju ke
medan perang. Allah s.w.t. akan memberikan
syahidah padaku dalam waktu yang tidak lama
lagi." Amar meninggal. Rohnya mengadap ke
hadrat Illahi sebagai pahlawan syahid. Waktu
hal ini diketahui Rasulullah s.a.w. , maka
Baginda s.a.w. pun bersabda,: "Amar itu
nanti akan berada dalam syurga
nantinya." Dan kaum Muslimin pun mengetahui
akhir hayat Amar dengan penuh takjub, sebab di
luar dugaan mereka. Malah Abu Hurairah r.a
sahabat yang banyak mengetahui hadith
Rasulullah s.a.w. berkata kaum Muslimin,
"Cuba kamu kemukakan kepadaku seorang yang
masuk syurga sedang dia tidak pernah
bersyarat sekalipun juga terhadap Allah
s.w.t.."
"Jika kamu tidak tahu orangnya." Kata Abu
Hurairah r.a lagi, lalu ia pun menyambung,
ujarnya, "Maka baiklah aku beritahukan, itulah
dia Amar bin Thabit." Demikianlah kisah seorang
yang ajaib, masuk syurga demikian indahnya. Ia
tidak pernah solat, puasa dan lain-lainnya
seperti para sahabat yang lain, sebab dia belum
memeluk Islam. Tiba-tiba melihat persiapan
yang hebat itu, hatinya tergerak memeluk Islam
sehingga ia menemui Rasulullah s.a.w.. Ia
menjadi Muslim, lalu maju ke medan perang,
sebagai mujahid yang berani. Akhirnya tewas
dia dengan mendapat syahadah iaitu pengakuan
sebagai orang yang syahid. Mati membela agama
Allah s.w.t. di medan perang. Maka syurgalah
tempat bagi orang yang memiliki julukan syahid.
Rasulullah s.a.w. menjamin syurga bagi orang
seperti Amar ini.
Selasa, 08 Juni 2010
SYAHID SELEPAS MENGUCAPKANSYAHADA
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar